200 peserta sertai HSUT 2019 - Utusan Malaysia

200 peserta sertai HSUT 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Acara larian Hulu Selangor Ultra Trail Run 2019 (HSUT) yang berlangsung pada 20 dan 21 Julai lalu menerima 200 penyertaan termasuk pelari dari luar negara.

MDHS dalam kenyataannya memberitahu, pertandingan yang diadakan di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu itu turut disertai oleh peserta luar negara antaranya Thailand, Singapura, Indonesia, Kanada, Korea dan Perancis.

“Terdapat dua acara dipertandingkan iaitu 50 kilometer (km) serta 15 km. Ia melibatkan enam kategori termasuk lelaki dan wanita antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Acara dua hari ini terbuka kepada peserta berumur 18 hingga 39 tahun dan juga golongan veteran.

“Semua peserta sangat berpuas hati terutama pada kesukaran perlu ditempuhi mereka dari Lata Medang ke Puncak Bukit Kutu seterusnya ke Kg. Buluh Telur dan Ampang Pecah,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini