2 maut kereta terbebas elak motosikal - Utusan Malaysia

2 maut kereta terbebas elak motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI 24 Julai – Gara-gara mahu mengelak sebuah motosikal, dua nyawa melayang termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 71.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat di sini malam tadi.

Mangsa yang maut dalam nahas pukul 10.30 malam ialah penumpang hadapan, Siti Syafwani Shafei, 27, dan penumpang belakang, Nur Ramadhiyani Al Hani Roswaman, 3.

Siti Syafwani meningga dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala kanak-kanak terbabit meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Krai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, pemandu kenderaan jenis Perodua Alza, Inni Syukurna Zakaria, 23, dan penumpang belakang yang juga ibu kepada Nur Ramadhiyani Al-Hani, Suliza Ab. Latiff, 32, cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, ketika nahas, Perodua Alza dinaiki mangsa datang dari Kuala Krai menuju ke kediaman mereka di Taman Sri Rahmat.

“Kenderaan mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal dari arah sama, namun Perodua Alza terbabit hilang kawalan secara tiba-tiba lalu terbabas ke bahu kanan jalan.

“Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa tersepit dalam kenderaan dan dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dua mangsa tersebut dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini