180 peserta kontinjen Gombak berentap dalam Kejohanan Sukan Selangor - Utusan Malaysia

180 peserta kontinjen Gombak berentap dalam Kejohanan Sukan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – Seramai 180 peserta Pasukan Kontinjen Daerah Gombak akan berentap dalam lapan acara sukan di Kejohanan Sukan Selangor Sepang bersempena Tahun Melawat Sepang 2019 mulai hari ini hingga 10 Ogos.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, antara acara yang dipertandingkan adalah memanah, badminton, bola keranjang, boling padang, tenpin boling, petanque, olahraga dan sepak takraw.

Abd. Hamid berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Daerah Gombak Ke Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) Ke-13 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati, Gombak dekat sini, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, MPAJ memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi setiap daerah dan RM22,735.40 tambahan daripada jumlah perbelanjaan tersebut diperuntukan daripada Majlis Sukan Daerah (MSD) Gombak.

“MPAJ turut memberi peruntukan pakaian kontinjen sebanyak RM12,943 dan juga membantu menyediakan keperluan logistik untuk kegunaan para atlet,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini