16 bot dikompaun RM48,000 - Utusan Malaysia

16 bot dikompaun RM48,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai- Sebanyak 16 bot dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu perairan Pulau Tatagan dan Maiga di Semporna, Sabah, kelmarin.

Dalam operasi melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Taman-Taman Sabah (TTS) itu, kesemua bot tersebut turut dikenakan kompaun berjumlah RM48,000.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 52 bot pelancong dan lima bot nelayan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, antara kesalahan dikesan adalah terdapat syarikat pelancongan yang tidak dapat menyenaraikan butiran pelancong mereka sendiri dalam permit yang dikeluarkan TTS.

“Kita juga mengesan ada antara kru bot pelancongan dikesan memancing ikan di perairan TMTS yang dilindungi dan dikawal oleh renjer TTS.

“Kesemua 16 bot terbabit pula dikesan melakukan pelbagai jenis perlanggaran dan kesalahan di bawah Enakmen Taman 1984 (Pindaan 2007),” katanya dalam satu kenyataan polis hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri, operasi itu juga dijalankan bagi mengesan aktiviti pengeboman dan memancing ikan di kawasan perairan TMTS serta pemeriksaan lesen bot, permit dan dokumentasi bot pelancong.

Jelas beliau, ini untuk menguatkuasakan larangan terhadap bot pelancong daripada menjalankan aktiviti di sekitar kawasan perairan Tatagan dan Maiga

“Operasi sebegini akan diteruskan bersama TTS serta jabatan dan agensi penguatkuasa lain untuk mengekang aktiviti menangkap ikan di Zon Merah,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini