KANDAHAR 15 Julai – Kira-kira 11 penduduk awam terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan yang dipasang pemberontak Taliban di selatan Afghanistan. Insiden berlaku seminggu selepas rundingan ke arah perdamaian yang mana bertujuan untuk mengurangkan kematian orang awam. Ketua Polis Kandahar, Tadin Khan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 2.30 petang waktu tempatan apabila sebuah kenderaan membawa penumpang melanggar bom yang dipasang Taliban di bahu jalan. “11 terbunuh dan 34 yang lain cedera. Mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak,” katanya.- AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya