Wartawan ditembak mati di Mexico - Utusan Malaysia

Wartawan ditembak mati di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VILLAHERMOSA, Mexico – Seorang wartawan dibunuh di tenggara Mexico, mengikut bekas majikan dan laporan media, semalam.

Norma Sarabia merupakan koresponden bagi akhbar Tabasco Today selama 15 tahun dan terbaharu bekerja dengan media tempatan lain.

Wanita itu diserang dua lelaki bersenjata yang menunggang motosikal dengan menembak beberapa kali di luar rumah mangsa di Tabasco.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sarabia merupakan wartawan keenam terbunuh tahun ini di Mexico.

Mexico merupakan salah satu negara paling berbahaya dalam dunia wartawan dengan lebih 100 dibunuh sejak 2000 ketika keganasan berkaitan penyeludupan dadah dan rasuah politik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini