Badan perahu yang sarat dengan ukiran serta lukisan berwarna warni bermotifkan bunga-bungaan dan haiwan masih dalam proses mengecat yang ditempah para pelanggan di Kampung Pulau Gajah, di Pantai Sabak. Kebiasaan perahu kolek ini dibina dan didatangkan khas dari wilayah Pattani, Selatan Thailand. Penduduk setempat di Kelantan dikatakan sudah tiada lagi kepakaran yang mampu membina perahu kolek ini dari awal pembuatan sehingga akhir pembuatan. Kepakaran mengecat perahu kolek juga tidak dapat menandingi hasil karya tukang cat dari wilayah itu. Perahu kolek dikatakan mampu bertahan sehingga lebih 30 tahun kerana dibuat daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya