HULU TERENGGANU – Seorang warga emas maut setelah kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lagi kereta dalam kemalangan di Kilometer 52 Jalan Terengganu-Mengkawang di Kampung Menerong dekat sini hari ini. Mangsa, Ab. Rahman Mohd. Adam, 74, dari Felda Mengkawang, Ajil dekat sini yang bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, manakala dua lagi mangsa yang menaiki kereta lain cedera. Beliau memberitahu, kejadian berlaku pukul 11.45 pagi sewaktu kereta jenis Perodua Viva dipandu Ab. Rahman dari arah Felda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya