Wanita ditemui mati dengan tangan, kaki berikat - Utusan Malaysia

Wanita ditemui mati dengan tangan, kaki berikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan tangan dan kaki berikat dipercayai akibat dikelar dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, Tasek Gelugor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang itu, mayat mangsa, Loo Nyak Sing, 71, ditemui di dalam bilik di tingkat atas rumah dua tingkat oleh anaknya yang datang melawat mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan mendapati terdapat kesan kelar pada belakang badan dan peha mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak menolak kemungkinan berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa.

“Pasukan forensik bagaimanapun masih menyiasat sama ada berlaku kehilangan barang-barang milik mangsa di rumah tersebut dan akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

samun bunuh
Kejadian tersebut dipercayai merupakan kes samun dan bunuh.

 

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan sejak tiga tahun lalu dan menjadi rutin anak-anaknya untuk melawat mangsa sekitar pukul 3 hingga 4 petang setiap hari.

“Ketika anak mangsa datang ke rumah tersebut hari ini, dia mendapati kesan darah dari tingkat bawah serta tingkat atas rumah berkenaan.

“Mangsa ditemui di dalam salah sebuah bilik di tingkat atas dalam keadaan tangan serta kaki diikat dan kita percaya kejadian ini merupakan kes samun dan bunuh,” katanya lagi.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini