KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditahan selepas didapati memiliki 5.70 gram dadah jenis syabu di hadapan kedai makan di Jalan Lui Shan Bang, Kota Sentosa kelmarin. Portal berita Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, suspek wanita berumur 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam. “Hasil pemeriksaan lanjut di kediaman suspek, polis berjaya merampas ketulan syabu dengan anggaran berat kasar 5.70 gram yang dianggarkan bernilai…