MELBOURNE – Seorang jurulatih peribadi di Australia telah digelar sebagai ‘kembar’ Meghan Markle dan sering didekati orang ramai yang menyangka dia ialah isteri kepada pewaris keenam takhta Britain, Putera Harry. Bianca Burgdorf, 29, menyatakan beberapa orang rakan dan saudara-maranya memberitahu dia mempunyai paras rupa mirip Markle yang merupakan pelakon Hollywood dan kini dikenali sebagai Duchess of Sussex selepas berkahwin dengan anak Putera Charles dan mendiang Puteri Diana itu. “Saya sebenarnya tidak mengenali Markle sebelum dia muncul dalam drama Suits. Tayangan episod pertama drama itu menyebabkan tiga orang menghantar mesej memberitahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya