KUALA LUMPUR – Usia bukanlah halangan untuk ahli Kembara Klasik Ghazal meneruskan minat yang mendalam terhadap seni muzik ghazal. Lebih menarik apabila kesemua ahli kumpulan itu yang berusia antara 35 hingga 76 tahun itu begitu mahir bermain alat muzik tradisional dan moden seperti gambus, tabla, bongo dan gitar. Menurut ketua Kembara Klasik Ghazal, Mustapha Saribon, 64, kumpulan itu telah ditubuhkan sejak 18 tahun lalu dengan melakukan persembahan di sekitar kawasan…










