Video seks tular: Polis buka kertas siasatan - Utusan Malaysia

Video seks tular: Polis buka kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka siasatan terhadap penyebaran video seks terlampau dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet yang tular sejak kelmarin.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan berhubung penyebaran video terbabit sudah pun dibuka sebaik sahaja pihaknya menerima laporan polis dibuat beberapa individu kelmarin.

“Laporan polis sudah dibuat, dan seperti biasa tindakan kita apabila terima aduan adalah buka kertas siasatan serta tunggu garis panduan yang diberikan Jabatan Peguam Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi kes ini, tiada tindakan ‘lain daripada lain’ yang akan diambil, kita akan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ada,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Menurut Abdul Hamid, PDRM tidak akan menyebelahi serta tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak melalui kenyataan yang dikeluarkan.

“Saya tidak boleh dedahkan siasatan setakat ini dan saya juga tidak mahu menambahkan sensasi terhadap kes tersebut.

“Biar PDRM siasat dan janganlah terlalu sensasikan perkara ini,” ujarnya.

Kelmarin, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai menteri Kabinet.

Semalam, satu video dimuat naik seorang pemuda yang membuat pengakuan dirinya merupakan seorang daripada lelaki dalam video tersebut dan mendakwa seorang lagi lelaki adalah menteri berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini