KUALA LUMPUR – Isteri kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datin Seri Shamsidar Taharin mengajak untuk bertafakur, bertakwa dan sabar di bawah petunjuk, lindungan serta pahala Allah SWT.

Shamsidar dengan merujuk kepada ayat al-Quran turut mengingatkan kepada semua tentang dosa memfitnah lebih berat daripada membunuh.
“Seseorang mukmin percaya kepada perintah Allah dan dalam keadaan terdesak di dunia, manusia lupa dan ironinya memperoleh laknat-Nya,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter miliknya dengan menyebut akaun milik suaminya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.
Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai menteri kanan Kabinet. – UTUSAN ONLINE











