Video lucah: Politik kotor tidak diterima generasi muda - Utusan Malaysia

Video lucah: Politik kotor tidak diterima generasi muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Politik jijik dan kotor menggunakan penyebaran video-video lucah melibatkan pemimpin tidak akan mendapat tempat terutama dalam generasi anak muda zaman ini. 

Ketua Srikandi Keadilan Malaysia, Nurainie Haziqah Shafii berkata, permainan politik seperti ini sudah jauh ketinggalan dari norma kehidupan masyarakat negara ini yang ingin melihat persaingan dalam politik secara matang, adil dan bersih.

Katanya, pimpinan Srikandi Keadilan Malaysia menolak sekeras-kerasnya penularan video lucah yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disifatkan berniat jahat serta mahu menjatuhkan kredibiliti dan karier politik beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami yakin,  Mohamed Azmin dan keluarga akan dapat mendepani tohmahan fitnah ini dengan tenang dan sabar. Kami juga mohon Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan yang terperinci berkenaan dakwaan ini.

“Siapapun pelaku atau dalangnya perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa ada kompromi. Politik negara ini perlu dibersihkan dari cara yang jijik dan memualkan ini sesuai dengan kerajaan yang baharu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, Srikandi Keadilan menyeru semua pihak agar menghentikan penyebaran video tersebut dan budaya fitnah sebegini harus dibanteras daripada terus menjadi budaya dalam masyarakat.

“Kami juga menggesa agar kita sebagai ahli parti dapat terus merapatkan barisan kita dan bersatu padu dalam melawan fitnah jahat ini,”jelasnya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan, sebuah video tular seorang lelaki mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan individu mirip seorang menteri.

Lelaki yang dikenali sebagai Haziq Abdullah Abdul Aziz menerusi sebuah video membuat pengakuan bersumpah menyatakan dia merupakan individu dalam video itu bersama seorang lelaki mirip seorang menteri di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah.

Kejadian itu turut didakwa berlaku di pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamed Azmin dalam satu kenyataan turut menafikan pembabitannya dalam video lucah yang disifatkan sebagai satu tuduhan jahat dan kejam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini