KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan membentangkan usul di Parlimen mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam jawapan ringkas kepada media, Perdana Menteri bagaimanapun, tidak memaklumkan bila usul berkenaan akan dibentangkan di Parlimen. “Usul itu kita akan bawa, sama ada lulus atau tidak itu soal lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Marvel Studios: 10 Tahun Adi Wira…










