KUCHING – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun memaklumkan, usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Julai ini, Beliau berkata pembentangan usul itu yang dijadualkan pada 4 Julai bertujuan membolehkan mereka yang berumur 18 tahun menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. “Sekiranya diluluskan, lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pendidikan tinggi, termasuk di politeknik…










