KUALA LUMPUR – Siasatan kes penyebaran video intim melibatkan seorang individu menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini diambil alih oleh Bukit Aman.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzafir Mohd. Yussof berkata, beliau hanya boleh mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengenai rakaman video tersebut.
“Siasatan itu kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara profesional berhubung laporan yang turut dibuat kepada pihaknya oleh Lokman.
Katanya, kes itu akan disiasat oleh timbalannya, Datuk Seri Azam Baki (gambar) bersama pasukan siasatan yang telah ditubuhkan oleh beliau.
Ikuti beritaselanjutnya di KOSMO! hari ini.











