KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah baharu apabila buat pertama kalinya tersenarai dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020 sebagai antara 1,000 universiti terbaik dunia. Menerusi penarafan QS World University Rankings 2020 yang diumumkan hari ini, UMS disenaraikan pada kedudukan 801. Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, pencapaian itu adalah kejayaan terbaik dan amat membanggakan apatah lagi ia dicapai semasa ulang…










