KIEV – Presiden Ukraine, Volodmyr Zelensky mendakwa Rusia melanggar perjanjian damai lantaran berikrar memberi respons keras selepas dua tenteranya terbunuh di kawasan konflik di timur negara itu. Pejabat Zelensky dalam kenyataan berkata, dua anggota tentera terbunuh berikutan serangan artileri berdekatan Kampung Novoluganske yang terletak sekitar 50 kilometer (km) timur laut kubu kuat kumpulan pemisah, Donetsk. Selain itu, lapan lagi tentera Ukrainie turut cedera. Penggunaan senjata berat diharamkan mengikut terma perjanjian damai. Zelensky mendakwa kejadian itu menunjukkan Rusia kehilangan kawalan terhadap kumpulan pemisah yang dikatakan mendapat sokongan Moscow.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya