PETALING JAYA – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga Indonesia, Rabu minggu lalu. Tertuduh, Mustari Maid, 61, sekadar tunduk tanda faham sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret, Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes tersebut dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, tukang rumah itu didakwa membunuh lelaki bernama Idris, 45, di pakir…










