SANDAKAN – Seramai 54 penduduk hilang tempat selepas kediaman mereka dijilat api dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh buah rumah di perkampungan atas air di Kampung Cenderamata Laut di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 0.5 hektar. Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kebakaran pada pukul 9.09 pagi dan sepasukan 18 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian. Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya