KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya segera menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat insiden pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor yang telah mengakibatkan ribuan pelajar terjejas. Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM),R. Meenakshi menegaskan penubuhan RCI amat penting supaya semua mereka yang bertanggungjawab terhadap kerosakan alam sekitar dan menjejaskan orang ramai diambil tindakan memandangkan betapa seriusnya insiden yang berlaku itu. Menurut Meenakshi, penyiasatan yang lebih lengkap dan menyeluruh perlu…










