SAUDARA PENGARANG,
PADA 2 Jun lalu, saya menaiki bas Transnasional dari Butterworth, Pulau Pinang ke Teluk Intan, Perak pukul 11 pagi. Sampai di kampung saya kira-kira 10 kilometer (km) dari bandar Teluk Intan, saya mohon pemandu bas berhenti di hadapan rumah saya untuk turun. Malangnya dia enggan berbuat demikian dengan alasan musim perayaan (mungkin bagi mengejar masa).
Persoalannya, adakah wajar saya terus ke Teluk Intan sedangkan bas tersebut telah melintasi hadapan rumah saya di tepi jalan laluan tersebut. Tidak mahu hal itu berlarutan, saya hanya berdiam diri dan mengikut arahan pemandu agar turun di stesen bas. Ayah saya terpaksa pula mengambil saya di stesen bas dengan motosikal sejauh 10 kilometer.
Diharap pihak pengurusan Transnasional dapat mempertimbangkan untuk penumpang turun dari bas jika sudah sampai ke destinasi mereka. Jika tidak mungkin Transnasional bukan lagi pilihan saya pada masa depan.
WAK JO
Sungai Manik, Perak










