AKHBAR Utusan Melayu akan tetap dikenang sebagai ‘akhbar teragung sepanjang zaman’ yang telah berjaya memainkan peranan sebagai lidah orang Melayu selama 67 tahun, menewaskan Jawi Peranakan, akhbar Melayu yang pertama muncul di Singapura pada 1876 yang terpaksa mengakhiri era gemilangnya pada April 1895 setelah berkhidmat kepada masyarakat di Singapura selama hampir 20 tahun. Menurut A. Samad Ismail dalam tulisannya bertajuk Suara Keramat Membawa Tradisi Baru yang disiarkan dalam buku Di Sebalik Jendela Utusan (1989), impian bangsa Melayu untuk mempunyai sebuah suratkhabar harian yang besar dan moden yang dimodali sendiri, dikendalikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya