KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Bapa pada hari ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan dan berkongsi gambar bermesra dengan ayahandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Menerusi ciapan dalam akaun Twitternya, baginda menjadikan ayahandanya sebagai contoh sambil menzahirkan rasa terima kasih di atas jasa, bimbingan dan kasih sayang. “Anda adalah raja dan contoh untuk saya. Kerana bimbingan dan kasih sayang andalah saya berada di sini. Terima kasih Bah dan Selamat Hari Bapa,” katanya. – UTUSAN ONLINE You are my King…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya