TANPA kita sedari, sejak sekian lamanya haiwan akuatik telah digunakan sebagai perisik, sistem amaran dan senjata. Sejak tahun 1960, Tentera Laut Amerika Syarikat telah melatih ikan lumba-lumba untuk mengesan lombong dan menyelamatkan penyelam. Rusia juga dipercayai melatih haiwan laut untuk tujuan yang sama termasuklah pengintipan. Terbaru, Agensi Penyelidikan Projek Lanjutan Pertahanan Amerika Syarikat (Darpa) telah menjalankan projek untuk menjadikan haiwan akuatik sebagai sensor pergerakan di dalam laut. Projek tersebut bertujuan meningkatkan kecerdasan ketenteraan dengan menggunakan haiwan akuatik daripada pelbagai saiz ikan sehingga organisma kecil sebagai sistem amaran di dasar laut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya