SEREMBAN – Tiga remaja lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu rakaman video merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di Nilai dekat sini baru-baru ini dibebaskan dengan jaminan polis semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, ketiga-tiga suspek berusia 18 dan 20 tahun itu dibebaskan selepas tempoh reman selama empat hari ke atas mereka berakhir. “Kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan tiada pertuduhan…










