Tiga pemandu bas positif dadah - Utusan Malaysia

Tiga pemandu bas positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Tiga pemandu bas didapati positif dadah ketika pemeriksaan di terminal bas dalam Op Hari Raya Aidilfitri bermula 29 Mei lalu hingga semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, tiga pemandu bas yang didapati positif dadah jenis ganja dan methamphetamine itu dikesan di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

“Susulan itu, syarikat pengendali bas perlu menggantikan pemandu sebelum meneruskan perjalanan dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap pemandu-pemandu tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi pemeriksaan terhadap pemandu bas ini akan dilakukan secara berterusan sehingga 16 Jun bagi memastikan perjalanan penumpang selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan terhadap bas di Terminal Bersepadu Selatan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini