KUANTAN – Tiga orang termasuk seorang bayi berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 124 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin dekat sini malam semalam. Mangsa yang maut dalam kejadian pukul 9.30 malam itu pemandu Hyundai Accent yang juga seorang anggota polis, Sarjan Zainuddin Bakar, 57, dan pemandu Proton Iswara, Bayam Ija, 53. Bayi berkenaan yang merupakan cucu kepada Zainuddin, Mohd. Aras Iskandar meninggal dunia di wad kecemasan…