ARAU – Tiga beradik warga emas yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan terselamat dalam kebakaran rumah di Kampung Titi Besi di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, ketiga-tiga mangsa iaitu Halijah Ibrahim, 78; Che Manai, 73, dan Zainah, 67, sempat menjerit meminta tolong sebelum diselamatkan penduduk kampung. Kejadian menyebabkan tiga beradik itu tinggal sehelai sepinggang. Salah seorang mangsa, Zainah berkata, dia menyedari rumahnya terbakar apabila terasa bahang api selain mendengar bunyi letupan seperti mercun. “Saya dan dua kakak yang turut berada di dalam rumah kemudian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya