ARAU – Pilu hati tiga beradik orang kelainan upaya (OKU) penglihatan apabila rumah pusaka berusia kira-kira 100 tahun di Kampung Titi Besi di sini musnah disyaki akibat dibakar anak saudara mereka sendiri pada semalam. Che Zainah Che Ibrahim, 67; Che Manai, 73, dan Halijah, 78, yang tinggal sehelai sepinggang kini terpaksa menumpang sementara di bengkel kraftangan milik mereka terletak berhampiran. Menurut Che Manai, dia tidak menyangka anak saudaranya yang berusia…










