The Lost Paradise Resort masih dibenarkan beroperasi dengan pemantauan ketat - Utusan Malaysia

The Lost Paradise Resort masih dibenarkan beroperasi dengan pemantauan ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – The Lost Paradise Resort di Jalan Batu Feringghi di sini masih dibenarkan untuk beroperasi dengan pemantauan yang ketat daripada pihak berkuasa susulan kejadian tanah runtuh di tapak kerja pembinaan temboh penahan sehingga mengorbankan empat nyawa, kelmarin.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang berkata, bagaimanapun sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat isu-isu melibatkan soal keselamatan maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjamin keselamatan orang ramai.

“Masih operasi (The Lost Paradise Resort), kita sedang memantau rapi keadaan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada keperluan untuk tindakan penutupan tetapi sekiranya hasil siasatan mendapati keselamatan adalah satu isu, maka kami akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kejadian tanah runtuh di tapak kerja pembinaan temboh penahan di Lost Paradise Resort di Jalan Batu Ferringhi pukul 9.25 malam kelmarin yang mengorbankan empat warga Myanmar.

Menurut Tung Seang walaupun tanah pusat peranginan itu adalah milik persendirian namun adalah penting untuk sesiapa sahaja mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu sebelum menjalankan kerja-kerja pembaikan tanah.

“Ia perlu dilakukan agar kerja-kerja berkenaan mendapat pemantauan daripada pakar-pakar yang sesuai agar kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini