JOHOR BAHRU – Keterujaan seorang remaja memasang lampu kelip-kelip bagi memeriahkan Hari Raya Aidilfitri di pagar rumah terbantut apabila terjatuh dan tangannya tertusuk besi di Jalan Padi Mahsuri 14, Bandar Baru Uda di sini pukul 10.22 malam tadi. Remaja lelaki berusia 15 tahun itu terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit sebelum keluarganya memohon bantuan pihak bomba kerana tangannya tertusuk dan tidak dapat ditarik keluar daripada besi pagar tersebut. Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin diketuai Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Hairi Nizam Mostapa bersama-sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya