Terima kasih Chong Wei - Utusan Malaysia

Terima kasih Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Jun – Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akhirnya mengumumkan bahawa beliau bersara daripada sukan badminton berikutan sakit kanser hidung yang dihadapinya.

“Keputusan saya untuk bersara amat sukar untuk dilakukan. Saya amat menyayangi sukan ini bagaimanapun sukan ini memerlukan tuntutan yang besar. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sepanjang tempoh 19 tahun ini,” kata Chong Wei dalam satu sidang media khas di sini, sebentar tadi.

Chong Wei disahkan menghidapi kanser hidung pada tahun lalu dan selepas menjalani rawatan di Taiwan, beliau bersedia untuk kembali beraksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Chong Wei tidak menjalani latihan sejak April lalu bekas pemain No. 1 dunia itu berkata beliau mahu menghabiskan masa bersama keluarganya dan membawa isterinya, Datin Wong Mew Choo pergi makan angin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini