ANKARA 28 Jun – Seorang anggota tentera Turki maut dan tiga lagi cedera apabila tentera kerajaan Syria melancarkan serangan terhadap pos kawalan tentera negara ini di wilayah Idlib semalam. Kementerian Pertahanan Turki dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tentera Syria melancarkan serangan mortar dan meriam secara bertubi-tubi ke arah pos kawalan tersebut. Turki mempunyai sebanyak 12 pos kawalan di Idlib. – AFP










