LIPIS – Sebuah keluarga tidak sempat makan malam apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran ular tedung selar di Taman Selera, Merapoh, dekat sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu, salah seorang ahli keluarga berkenaan masuk ke dapur untuk menyediakan hidangan makan malam sebelum ternampak kelibat objek bergerak di bawah almari. Timbalan Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merapoh, Ross Raman Abdul Majid berkata, salah seorang penghuni rumah berkenaan kemudiannya mendekati objek berkenaan dan terkejut apabila melihat seekor ular tedung selar. “Dia kemudiannya memaklumkan kepada ahli keluarga dan menghubungi pihak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya