SHAH ALAM – Anggota bomba sememangnya tidak pernah memilih kasih dalam tugasan diberi termasuk menangkap seekor ikan keli di sebuah rumah di Taman Sandaran Permai di sini pagi tadi. Kesemuanya berlaku susulan panggilan kecemasan pukul 7 pagi diterima daripada seorang wanita berusia 49 tahun. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, ini berikutan mangsa bimbang akan keselamatannya selepas ikan keli itu telah menyengat seekor kucing peliharannya sehingga mati. Katanya, berdasarkan…










