PULAU PINANG – Kerajaan negeri tidak akan mengambil atau menggunakan ruang udara Masjid Jamek Sungai Nibong Besar dan tanah wakaf kubur bagi pembinaan jajaran transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri. “Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang bermesyuarat baru-baru ini bersetuju supaya jajaran LRT itu diletakkan bersebelahan…










