LONDON – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun, Callum Hewkin, terselamat selepas komputer tablet miliknya terbakar dan mengakibatkan tilam mangsa berlubang ketika dia sedang tidur, lapor Mirror.co.uk kelmarin. Budak lelaki itu hanya menyedari tablet Samsung itu terbakar dan api merebak pada tilamnya ketika bangun dari tidur, Khamis lalu di kediamannya di Staffordshire, England. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Staffordshire berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana api padam dengan sendiri dan…










