PARIS – Stina Blackstenius meledak jaringan kemenangan bagi memacu kebangkitan Sweden untuk menundukkan Jerman bagi membolehkan mereka berdepan Belanda dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Wanita buat kali pertama. Sweden tidak pernah menang ke atas Jerman dalam kejohanan utama sejak Piala Dunia 1995 termasuk beberapa kejohanan lain seperti Kejohanan Eropah dan Sukan Olimpik. Ia termasuk kekalahan di final Piala Dunia 2003 dan final Sukan Olimpik Rio 2016 tetapi berjaya melunaskan…









