TUMPAT – Enam suspek dalam kejadian samun seorang wanita sehingga mendatangkan kecederaan di Wakaf Bharu, di sini pada 24 Mei lalu akhirnya berjaya ditahan polis. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, kesemua suspek itu ditahan di beberapa lokasi di Tumpat serta Kota Bharu sejak penghujung Mei sehingga semalam. Beliau berkata, kesemua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamin dan aktif melakukan samun, pecah rumah dan curi kenderaan. “Polis percaya kesemua suspek ini mulai aktif sejak setahun lalu dan melakukan jenayah sekitar Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Puteh.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya