Sunway Lagoon pupuk kesedaran pembangunan mampan - Utusan Malaysia

Sunway Lagoon pupuk kesedaran pembangunan mampan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sunway Lagoon baru-baru ini meneruskan fasa pertama Program Pendidikan Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG dengan dua institusi pra-sekolah iaitu tadika Pelangi dan Q-dess.

Inisiatif itu bertujuan memberi pendedahan dan asas pendidikan mengenai proses pelupusan sisa buangan secara berkesan kepada murid-murid seawal usia.

Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean Choo berkata, pendidikan merupakan kunci utama memupuk kesedaran dalam mencapai usaha pembangunan yang mampan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, dalam program tersebut pelajar diberi peluang terlibat dalam pengasingan sisa buangan dan pelbagai aktiviti lain.

“Program ini menerapkan kepentingan amalan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle pada usia muda yang menyumbang kepada usaha pengurangan sisa buangan.

“Fasa kedua program ini akan melibatkan kerjasama Sunway Lagoon dengan sekolah Smart Reader dan Real Kids, “ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Choo berkata, sejak diperkenalkan, program pendidikan Sunway Lagoon itu telah memberi manfaat kepada 980 kanak-kanak dari 10 tadika. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini