PORTO ALEGRE, Brazil – Penyerang Uruguay, Luis Suarez mengakui keputusan seri 2-2 dengan Jepun dalam aksi kedua Kumpulan C Kejohanan Copa America meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka di Arena do Gremio awal pagi semalam. Jelasnya, meskipun peluang yang terhidang lebih memihak kepada Uruguay dan bermain lebih baik berbanding pasukan lawan, namun setiap kesilapan yang dilakukan mereka di atas padang telah dihukum dengan jaringan. Dalam perlawanan tersebut, Video Bantuan Pengadil (VAR) berjaya menyelamatkan skuad kendalian Oscar Tabarez itu selepas Suarez menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-32 untuk menyamakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya