Suami maut, isteri cedera di Sadong Jaya - Utusan Malaysia

Suami maut, isteri cedera di Sadong Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suami maut manakala isterinya cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta yang terjunam ke dalam parit di Jalan Sadong Jaya, Kota Samarahan, Sarawak di sini.

Menurut portal Utusan Borneo, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 7.59 pagi berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sadong Jaya.

“Mangsa, Tan Kuan Soon, 59, yang didapati tersepit pada bahagian pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isteri mangsa mengalami cedera ringan dan telah dikeluarkan dari kereta yang terjunam oleh orang ramai lalu dihantar ke Klinik Asajaya dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap Bomba itu memberitahu, pihaknya tiba dilokasi kejadian pada pukul 8.38 pagi dan mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta yang hilang kawalan lalu masuk ke dalam parit.

“Kita menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya di alamat berkenaan dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

“Pemanggil memaklumkan terdapat sepasang suami isteri tersepit dalam kemalangan tersebut dan anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas menyelamat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini