TOKYO 19 Jun – Bak menonton adegan filem seram, seorang penyelam Rusia diserang seekor sotong kurita gergasi semasa meneroka perairan Laut Jepun, baru-baru ini. News.com.au melaporkan, video yang dirakamkan di semenanjung Garrow, Jepun itu menunjukkan seekor sotong kurita menerkam penyelam dari Gamov, Rusia itu beberapa saat sebelum menggengam kuat badan mangsa menggunakan lengan dan sesungutnya supaya lelaki itu tidak terlepas. Tambah dramatik, ketika mangsa cuba menyelamatkan diri, haiwan itu bertindak ganas dengan menyerangnya menggunakan muncung tajam yang disembunyikan dalam mulutnya. Bagaimanapun mangsa berjaya melepaskan diri daripada cengkaman sesungut sotong tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya