SHAH ALAM – Setiap kali menjelang Aidilfitri bukan sahaja baju Melayu, Kebaya atau Kurung menjadi sasaran pengunjung malah songkok dianggap pelengkap utama kemeriahan hari tersebut. Tinjauan Kosmo! Online di sekitar bazar sekitar kompleks beli-belah di daerah ini mendapati orang ramai sanggup berbelanja sehingga RM170 bagi membeli satu songkok terutama dari kain baldu Korea. Seorang peniaga, Mohammad Huzaifah Abd. Rahman, 36, memberitahu, setiap songkok mempunyai peminatnya tersendiri bukan sahaja untuk beribadah…










