Sisa Lynas disimpan dengan selamat - Lynas - Utusan Malaysia

Sisa Lynas disimpan dengan selamat – Lynas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jun – Lynas Corporation Ltd. (Lynas) menegaskan bahawa dakwaan aktivis anti Lynas yang mendakwa bahawa sisa Lynas adalah bahaya kepada orang ramai dan tidak disimpan dengan betul adalah tidak benar.

Pengurus Besar Keselamatan Radiasi, Peraturan dan Pematuhan Lynas, Prof. Dr. Ismail Bahari berkata, menurut SIRIM Berhad (SIRIM), sisa Neutralisation Underflow Residue (NUF) yang dihasilkan oleh Lynas adalah bahan yang tidak berbahaya, tidak beracun dan tidak menunjukkan kesan kesihatan yang signifikan kepada orang atau berisiko kepada alam sekitar.

“Lynas telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk pengkomersialan sisa NUF telah terbukti ia dapat menggantikan Kieserite untuk digunakan di

Memuatkan artikel berkaitan…

pertanian.

“Sementara mendapat kelulusan pengkomersialan, sisa NUF Lynas disimpan di pusat penyimpanan kering NUF yang direka khas dan dibina oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Peraturan 9, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Sisa Lynas disimpan dengan selamat dan ini telah disahkan secara bebas dalam ulasan-ulasan saintifik. Ini termasuk Jawatankuasa Kajian Semula Eksekutif 2018 yang mendapati bahawa kemudahan penyimpanan sisa Lynas dikendalikan dengan cara yang betul,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini