KUALA LUMPUR – Terpedaya dengan percutian ke Kemboja dan menginap di hotel mewah bertaraf lima bintang membuatkan seorang pesara kerajaan kerugian sebanyak RM44,000. Kekesalan itu diluahkan oleh Jamaludin Hamdan, 59, yang terjerat dengan skim cepat kaya menjanjikan pulangan pelaburan sebanyak 10 peratus pada setiap bulan. Katanya, dia dan beberapa mangsa lain dibawa bercuti ke negara tersebut oleh pihak pelabur kononnya bagi melihat sendiri projek hartanah yang akan dibangunkan di sana.…










