KUALA LUMPUR 3 Jun – Walaupun bulan Ramadan semakin hampir ke penghujung, namun Yayasan Amal Alumni Sultan Alam Shah (ASAS) tetap mengambil keberkatan 10 hari terakhir bulan mulia ini dengan menyantuni golongan kurang berkemampuan. Pengerusi Exco Yayasan Amal ASAS, Datuk Ghazali Bujang berkata, majlis menyampaikan sumbangan berbentuk ayam daging kepada 500 keluarga asnaf di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Lembah Subang dekat sini merupakan program kali kedua yang dianjurkan pertubuhan…










